Cari:
Suarasutera: Baik Buruk Bunga Api
2014-02-12 08:47:20 CRI Cetak

Bunga api adalah sejenis pemainan tradisional ciptaan orang China yang masih lagi popular di seluruh dunia. Hingga sekarang, permainan bunga api tetap menjadi acara utama dalam sesebuah sambutan meriah atau temasya sukan.

Namun di China, ramai yang sedang hangat berbincang tentang sama ada larangan bermain bunga api patut dilaksanakan sempena Tahun Baharu Cina. Ini kerana masalah pencemaran udara di bandar-bandar utama di China kini semakin serius, dan bunga api dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan ini.

Tetapi pada masa yang sama, terdapat juga pakar yang menegaskan bahawa membakar bunga api merupakan bahagian yang penting dalam budaya sambutan Tahun Baharu Cina. Sambutan perayaan ini pasti tidak sempurna sekiranya kegiatan bermain bunga api dilarang.

Ruangan Suara Sutera pada 12 Februari nanti akan memfokuskan topik mengenai bunga api. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web malay.cri.cn. Komen dan pandangan pula boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China