Cari:
Shila Amzah, I AM A SINGER!
2014-02-24 13:03:24 CRI Cetak

Cik Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, juara pertandingan nyanyian Asian Wave pada tahun 2013 telah mengunjungi Radio Antarabangsa China (CRI) pada 24 Februari ini. Sempena kunjungan ini, beliau juga telah diwawancara oleh Bahagian Bahasa Melayu CRI.

Dalam wawancara tersebut, Cik Shila telah ditanya soalan-soalan yang berikut. Biasanya, berapa lama masa yang cik Shila habiskan untuk belajar bahasa Mandarin setiap minggu? Susah tak bahasa Mandarin? Cik Shila bercita-cita nak menjadi penghibur bertaraf antarabangsa, apakah sebabnya cik Shila memilih China sebagai pentas bagi permulaan karrier seni ke arena antarabangsa? Cik Shila telah dilantik menjadi Duta Persahabatan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China pada 2013. Tahun ini ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China. Jadi sudah tentu pelbagai aktiviti interaksi, peringatan atau sambutan bakal diadakan sepanjang tahun ini. Cik Shila sebagai Duta Persahabatan, adakah terlibat dalam apa-apa aktiviti yang berkenaan?

Untuk mendengar jawapan Cik Shila, silalah mainkan rakamn yang berikut! Selamat mengikuti!

 

Gambar bersama dengan Cik Shila. Dari kiri ke kanan ialah wartawan Bahagian Bahasa Melayu CRI, Cik Melur (Zhangxian), Cik Shila Amzah, Cik Farah dan Ketua Bahagian Bahasa Melayu CRI, Puan Zhang Wenwen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China