Cari:
Topik Program Ni Hao untuk 13 Mac. 2017: Mencari Jodoh
2017-03-10 14:45:39 CRI Cetak

Pada 14 Februari 2015, "Buku Merah Muda (pink) Penyelidikan Cinta dan Perkahwinan China" diumumkan oleh laman web Jiayuan.com, iaitu sebuah portal untuk berkenalan dan mencari jodoh. Laporan tersebut merumuskan keadaan semasa hubungan cinta dan perkahwinan di kalangan penduduk China terutamanya golongan muda.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh perempuan bujang terhadap lelaki ketika mencari jodoh:

1.Gaji bulanan minimum 6,700 yuan (kira-kiraRM4,320).

2.Memiliki rumah.

3.Memiliki kereta sendiri.

Bagaimana keadaan di Malaysia? Adakah di Malaysia juga wujudnya syarat-syarat yang dikenakan ke atas pemuda dan pemudi bujang dalam mencari jodoh?

Program Ni Hao pada 13 Mac bertopik: Mencari Jodoh.

Anda dialu-alukan berkongsi pendapat anda melalui saluran-saluran berikut:

facebook.com/crimalay

Wechat: cri_malay

Bermula 15 Disember 2016, siaran bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) dapat didengar langsung melalui Bernama Radio. Dalam program Ni Hao, peneraju dari CRI dan Bernama Radio akan membincangkan topik-topik hangat yang menarik perhatian umum, pada pukul 3.10 hingga 4.00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat, melalui FM 93.9 di Kuala Lumpur, FM107.5 di Johor Bahru, FM 107.9 Kota Kinabalu dan FM 100.9 di Kuching.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China