Baru-baru ini, Wang Sicong, anak orang terkaya di China, Wang Jianlin, menunjukkan sebuah televisyen keluaran Sony model Z9D dengan layar sebesar 100 inci menerusi akaun media sosialnya dan dengan rasa cukup bangga mengumumkan bahawa model bersaiz 100 inci ini merupakan yang pertama di dunia.
Seperti kebiasaan teknologi baharu, harga yang diumumkan sangatlah "epik" sepertimana teknologi pada TV ini. Harga tersebut ialah RMB5 juta (kira-kira RM3.3 juta). Masyarakat sekali lagi dikejutkan oleh kekayaan Sicong, dan juga ada ramai yang bertanya, mengapa sekarang masih ada orang yang bersedia membelanjakan banyak duit untuk membeli sebuah TV?
Program Ni Hao pada 30 Mac bertopik: Masih Menonton TV Tak?
Anda dialu-alukan berkongsi pendapat anda melalui saluran-saluran berikut:
facebook.com/crimalay
Wechat: cri_malay
Bermula 15 Disember 2016, siaran bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) dapat didengar langsung melalui Bernama Radio. Dalam program Ni Hao, peneraju dari CRI dan Bernama Radio akan membincangkan topik-topik hangat yang menarik perhatian umum, pada pukul 3.10 hingga 4.00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat, melalui FM 93.9 di Kuala Lumpur, FM107.5 di Johor Bahru, FM 107.9 Kota Kinabalu dan FM 100.9 di Kuching.