Cari:
Topik Program Ni Hao untuk 4 April. 2017: Kawasan Ekonomi Khas
2017-04-03 15:51:01 CRI Cetak

Kerajaan China, 1 April lalu, mengumumkan untuk membina Kawasan Baharu Xiong'an di provinsi Hebei. Keputusan ini disebut sebagai satu pilihan strategik yang melakar sejarah. Sebelum ini, di China terdapat dua buah kawasan yang berperingkat negara iaitu kawasan ekonomi khusus Shenzhen dan kawasan baharu Pudong di Shanghai.

Xiong'an akan dibina berdasarkan konsep pembangunan yang baharu dan menjadi sebuah metropolitan yang moden. Setelah Kawasan Baharu Xiong'an disiap, fungsi Beijing yang bukan sebagai Ibu Negara akan dipindah ke sana. Nampaknya tujuan pembinaan Kawasan Baharu Xiong'an mirip dengan Putrajaya, tapi juga ada perbezaannya.

Program Ni Hao pada 4 April.2017 bertopik: Kawasan Ekonomi Khas.

Anda dialu-alukan berkongsi pendapat anda melalui saluran-saluran berikut:

facebook.com/crimalay

Wechat: cri_malay

Bermula 15 Disember 2016, siaran bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) dapat didengar langsung melalui Bernama Radio. Dalam program Ni Hao, peneraju dari CRI dan Bernama Radio akan membincangkan topik-topik hangat yang menarik perhatian umum, pada pukul 3.10 hingga 4.00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat, melalui FM 93.9 di Kuala Lumpur, FM107.5 di Johor Bahru, FM 107.9 Kota Kinabalu dan FM 100.9 di Kuching.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China