Cari:
BRICS Mahukan Hubungan Lebih Kukuh
2017-07-28 14:21:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi mengadakan pertemuan secara berasingan dengan wakil keselamatan kanan dari Afrika Selatan, Brazil dan India, di Beijing semalam.

Menteri Keselamatan Afrika Selatan, David Mahlobo; Setiausaha Keselamatan Brazil, Sergio Etchegoyen; Penasihat Keselamatan India, Ajit Doval berada di Beijing untuk menghadiri mesyuarat ke-7 wakil peringkat tinggi hal ehwal keselamatan BRICS.

Yang Jiechi berkata, berdepan situasi antarabangsa semasa, negara-negara BRICS perlu memperkasakan komunikasi, kesalingpercayaan strategik serta kerjasama politik dan keselamatan, di samping bersama-sama mempertahankan keadilan antarabangsa dan menggalakkan kerjasama pragmatik demi keuntungan rakyat.

China bersedia bersama-sama dengan semua pihak terlibat untuk menjayakan pertemuan pemimpin BRICS di Xiamen, provinsi Fujian September depan.

Mahlobo, Etchegoyen dan Doval bersependapat peranan BRICS semakin meningkat di arena antarabangsa, dan mengalu-alukan hubungan yang lebih kukuh di bawah mekanisme BRICS serta kerjasama yang lebih rapat dalam pelbagai bidang.

Hubungan bilateral, hal ehwal multilateral serta isu-isu penting serantau dan antarabangsa turut menjadi fokus perbincangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China