Cari:
Pelajar China Pulang Berkhidmat untuk Tanah Air
2017-08-03 14:58:02 CRI Cetak
Setakat penghujung tahun lepas, jumlah pelajar China yang pulang ke tanah air selepas selesai pengajian di luar negeri mencatat 2.65 juta.

Menurut data Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial, sejak pelaksanaan "pelan seribu tenaga profesional" pada tahun 2008, jumlah tenaga profesional bertaraf profesor di China telah melonjak lebih 20 kali ganda berbanding 30 tahun lalu.

Dasar keutamaan yang menguntungkan, ekonomi yang kukuh, pertumbuhan pesat sektor teknologi canggih, serta pertambahan pelaburan dalam bidang sains dan pendidikan, antara faktor utama yang menarik tenaga profesional China kembali ke tanah air.

Pada masa yang sama, China telah memperkenalkan pelbagai pakej untuk menarik tenaga profesional yang berkaliber untuk memanfaatkan teknologi, pengalaman serta daya pimpinan mereka, sebagai pemangkin perkembangan industri dan penyelidikan saintifik di negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China