Cari:
China Rekod Cuaca Terpanas Sejak 1961
2017-08-04 13:29:57 CRI Cetak
Jumlah hari yang panas terik di seluruh negara China pada bulan Julai tahun ini merupakan paling banyak sejak tahun 1961, dengan suhu purata yang mencatat rekod baharu untuk tempoh sama.

Menurut Jabatan Pentadbiran Meteorologi China (CMA), beberapa tempat di Xinjiang, seperti Turpan dan Toksun, dilanda cuaca panas ekstrem dengan suhu setinggi 49 darjah Celsius, yang memecahkan rekod dahulu.

Tempat-tempat di selatan China seperti Jiangsu dan Shanghai pula dilanda cuaca panas yang berterusan sejak 11 Julai. Cuaca panas turut memberi impak yang besar terhadap penggunaan elektrik di kawasan tersebut.

Cuaca panas di utara China seperti di Mongolia Dalam, Hebei, Shanxi, Beijing dan Tianjin dijangka akan mereda dalam tempoh sepuluh hari akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China