Cari:
• Yingluck Hadapi Krisis Politik Paling Serius
Yingluck Shinawatra telah mengumumkan pembubaran Dewan Perwakilan Thailand. Pilihan Raya Dewan Perwakilan penggal baharu bakal diadakan pada 2 Februari 2014.
• Perjanjian Perdagangan Global Pertama WTO Dicapai di Bali
Persidangan Peringkat Menteri ke-9 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berakhir di Pulau Bali, Indonesia pada 7 Disember lalu. Persidangan tersebut telah mengumumkan "Deklarasi Menteri Bali" dan meluluskan "Pakej Bali".
• ICJ: Kuil Preah Vihear Milik Kemboja
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 November lalu telah memutuskan bahawa Kemboja mempunyai hak kedaulatan terhadap Kuil Preah Vihear yang terletak di sempadan negara itu dengan Thailand serta kawasan di sekitarnya, sekali gus menamatkan pertikaian sempadan yang sudah berlarutan lebih 100 tahun.
• Taufan Haiyan Badai Tengah Filipina
Taufan Haiyan yang melanda beberapa provinsi di kawasan tengah Filipina pada 8 November lalu telah meragut 5,796 nyawa dan mengakibatkan hampir 1,800 orang hilang selain 27 ribu lagi cedera setakat 7 Disember lalu.
• Kerajaan Myanmar Berdialog Dengan Kumpulan Bersenjata Etnik Minoriti
Wakil kerajaan Myanmar telah berdialog dengan wakil-wakil 17 buah kumpulan bersenjata etnik minoriti negara tersebut pada 4 hingga 5 November lalu.
• Skandal Pengintipan A.S. Meluas di Negara Asia Tenggara
Media Australia mendedahkan pada 29 Oktober, kedutaan besar negara itu ke negara lain terlibat membantu jaringan perisikan sejagat A.S. mengintip dan memperoleh maklumat telekomunikasi dan data penting di rantau Asia-Pasifik, antaranya melibatkan Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.
• Nahas Penerbangan Laos
Pesawat ATR-72 milik Syarikat Penerbangan Laos terhempas di Sungai Mekong dalam perjalanannya dari Vientiane ke Pakse, selatan Laos pada 16 Oktober disebabkan faktor cuaca, mengakibatkan semua 49 orang penumpangnya maut.
• Jabatan Kerajaan A.S. Ditutup, Obama Batalkan Lawatan ke Negara Asia Tenggara Ekoran Penutupan
Berikutan kegagalan Parti Republikan dan Parti Demokrat A.S. mencapai persepakatan mengenai belanjawan kerajaan pada tahun kewangan baharu, sebahagian agensi kerajaan berkenaan terpaksa ditutup pada 1 Oktober.
• Pemimpin China Bentangkan Gagasan dan Dasar Pembangunan Hubungan China-ASEAN pada Masa Depan
Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia pada 3 Oktober menyarankan supaya bersama-sama membina "komuniti berkongsi nasib China-ASEAN". Pada 9 Oktober.
• China-ASEAN Setuju Dorong Pelaksanaan DOC
Sidang Pegawai Kanan ke-6 berhubung pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) dan Sidang Kumpulan Kerja Bersama ke-9 diadakan di Suzhou, provinsi Jiangsu China pada 14 hingga 15 September lalu.
• 80% Tindakan Pembangunan AEC Dilaksanakan
Pada 21 Ogos lalu, Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ke-45 mengumumkan bahawa setakat bulan Julai tahun ini, 79.4% daripada Rangka Tindakan Pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) sudah dilaksanakan.
• Kontroversi Keputusan Pilihan Raya Parlimen Kemboja
Dalam Pilihan Raya Parlimen Kemboja yang diadakan pada 28 Julai 2013, Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang dipimpin oleh Hun Sen memenangi 68 daripada kesemua 123 kerusi.
• Myanmar Mulakan Prosedur Pindaan Perlembagaan
Parlimen Persekutuan Myanmar meluluskan resolusi pada 25 Julai lalu bagi menubuhkan jawatankuasa bersama yang terdiri daripada 109 ahli parlimen bagi menilai Perlembagaan.
• Vietnam-AS Jalinkan Hubungan Perkongsian Menyeluruh
Presiden AS, Barack Obama dan rakan sejawatnya dari Vietnam, Truong Tan Sang mengumumkan hubungan perkongsian menyeluruh antara kedua-dua negara di Washington pada 25 Julai lalu.
• Menteri Alam Sekitar Lima Negara ASEAN Bincang Isu Jerebu
Menteri yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan Thailand mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur pada 17 Julai 2013 bagi membincangkan masalah pencemaran jerebu merentas sempadan yang serius ekoran pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia.
• Latihan Pertama ADMM-Plus HADR & MM di Brunei Darussalam
Latihan Sulung Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) bagi Bantuan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dan Perubatan Ketenteraan (HADR & MM) diadakan di bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 17 hingga 20 Jun 2013.
• Militan Sulu Cerobohi Sabah
Pada 12 Februari 2013, lebih 100 anggota bersenjata pengikut Sultan Sulu dari selatan Filipina mencerobohi negeri Sabah, Malaysia dengan menaiki kapal, dan menduduki sebuah kampung tempatan. Mereka menuntut Sabah dari tangan Malaysia dan berkonfrontasi dengan pihak polis Malaysia.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China