Cari:
Tikus yang Mati 16 Tahun Berjaya Diklon
2008-11-06 11:38:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ahli sains dari Pusat Pembangunan Biologi Kobe Jepun berjaya mengklon seekor tikus yang sudah mati dan dibekukan selama 16 tahun.

Mereka menggunakan sel otak seekor tikus jantan yang disimpan dalam peti sejuk selama 16 tahun, dan menyuntik nukleus sel ini ke dalam sel telur tikus betina. Selepas beberapa hari, klon embrio tersebut dimasukkan ke dalam rahim seekor tikus lain. Tiga minggu kemudian, anak tikus klon ini selamat dilahirkan. Anak tikus ini tiada sebarang kecacatan dan hidup seperti biasa.

Namun, teknologi ini telah membangkitkan pertikaian. Kalangan pengkritik menyifatkan teknologi tersebut cukup membimbangkan kerana mungkin boleh menghidupkan manusia yang sudah meninggal dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China