Cari:
Madu Lebah Boleh Membantu Melambatkan Proses Penuaan
2008-11-19 11:23:02 CRI Cetak

Berdasarkan laporan daripada akhbar The Daily Mail Britain, satu kajian terkini menunjukkan bahawa madu lebah boleh membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kerisauan.

Dua orang ahli sains daripada Universiti Waikato New Zealand telah menjalankan satu kajian ke atas tikus yang baru berumur dua bulan. Tikus tersebut dibahagikan kepada 3 kumpulan yang masing-masing disuap dengan makanan yang dicampur dengan madu lebah dan gula serta makanan tanpa kandungan gula. Setahun selepas itu, ahli sains itu akan menjalankan ujian kerisauan dan daya ingatan terhadap tikus tersebut setiap tiga bulan. Mereka mendapati bahawa kekerapan bagi tikus yang disuap dengan makanan yang dicampurkan dengan madu lebah untuk keluar daripada pagar sesat adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada tikus biasa, dan yang menduduki tempat kedua ialah tikus yang disuap dengan makanan yang dicampur dengan gula. Ini menunjukkan bahawa simptom kerisauan tikus tersebut adalah relatif ringan, dan tikus itu mempunyai daya ingatan yang lebih hebat.

Ahli sains itu menjelaskan bahawa amalan pemakanan yang ditambah dengan madu lebah dapat membantu meredakan kerisauan dan meningkatkan daya ingatan dalam proses penuaan. Beliau menganggap bahawa madu lebah anti pengoksidaan madu lebah. Pada zaman kuno, madu lebah telah digunakan sebagai sejenis makanan, dan juga banyak digunakan dalam ubat-ubatan dan persolekan. Sejarah penghasilan madu melalui penternakan lebah dapat ditelusuri seawal tahun 700 sebelum Masihi. Ketika air liur lebah dan madu bunga dicampurkan, maka akan berlakunya reaksi kimia dan menghasilkan madu lebah. Madu lebah mengandungi pelbagai elemen mikro, maka produk itu boleh membantu mencegah beberapa penyakit kanser dan selesema.

Disebabkan oleh madu lebah mempunyai kebaikan bagi kesihatan, maka jumlah jualannya telah meningkat dengan ketara. Seorang penganalisis jualan runcit menyatakan bahawa dalam tempoh 2 tahun yang lalu, jumlah jualan madu lebah telah meningkat 14%. Madu lebah telah menjadi produk yang kedua paling laris jualannya di pasaran pencuci mulut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China