
Musim sejuk sudah datang, kebanyakan orang sudah memakai pakaian yang tebal. Sebenarnya, mengubah suai masakan sehari-hari untuk menambah tenaga kita merupakan cara asas untuk mencegah kesejukan. Protein, lemak dan karbohidrat merupakan zat yang dapat mengeluarkan tenaga. Oleh itu, kita sepatutnya makan lebih banyak makanan ruji dan masakan yang berlemak pada musim sejuk.

Berdasarkan teori perubatan tradisional China, daging kambing, daging lembu, daging rusa, burung puyuh dan gamat dianggap makanan yang mempunyai kesan paling baik untuk mencegah kesejukan. Manusia merasa sejuk juga kerana kekurangan zat-zat tertentu, seperti kalsium, zat besi dan kalium. Makanan yang mengandungi zat kalsium termasuklah susu dan hasil kekacang. Makanan yang mengandungi zat besi pula termasuklah darah haiwan dan jujub manakala makanan yang mengandungi zat kalium termasuk kelp dan jagung.








