Cari:
Lukisan daripada Sayur
2008-12-05 10:37:03 CRI Cetak

Ini ialah wajah "Mona Lisa" yang dilukis dengan pelbagai sayur. Muka "Mona Lisa" ini dibuat daripada tauhu.

Inilah lukisan "The Last Supper". Meja dalam lukisan ini juga dibuat daripada taufu.

Yang ini ialah "Napoleon across the Alps" yang dibuat daripada ubi kentang.  

Lukisan terkenal seperti "Mona Lisa" dan "The Last Supper" sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan orang. Namun, baru-baru ini, Ju Duoqi, seorang seniman di Chongqing, Sichuan China, berjaya meniru semua lukisan terkenal itu dengan menggunakan pelbagai sayur yang terdapat di pasar, termasuk ubi kentang, halia dan tomato. Beliau tamat dari Universiti Kesenian Sichuan. Karyanya amat laris dijual sehingga ada yang mencatat harga setinggi 20 ribu yuan RMB, walaupun kos membuatnya kurang daripada 10 yuan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China