Lang Ping, bekas jurulatih pasukan bola tampar wanita A.S. memulakan tugasnya sebagai jurulatih pasukan wanita Kelab Telekom Turki. Seblum ini, dalam pertandingan Sukan Olimpik 2008 yang baru berakhir pada bulan Ogos lalu, pasukan wanita A.S. telah memenangi pingat perak. Lang Ping yang berasal dari China, dulunya seorang atlet bola tampar terkenal.