
Juruacara terkenal Hong Kong, Joe Nieh dan bintang filem terkenal Hong Kong, Vivian Chow pada 18 Disember lalu mengumumkan bahawa mereka akan segera berkahwin. Untuk itu, mereka telah menyerahkan permohonan pendaftaran perkahwinan. Menurut maklumat terkini, upacara perkahwinan itu akan diadakan sekitar 5 Januari tahun depan dan akan dihadiri oleh beberapa rakan rapat dan ahli keluarga terdekat kedua-dua seleberiti itu. Sebelum ini, Joe Nieh didapati menjalankan hubungan rapat dengan seorang mahasiswa dari Tanah besar mengakibatkan hubungan intim selama 19 tahun dengan Vivian Chow terputus. Bagaimanapun, Vivian Chow menerima semula Joe Nieh dan bersetuju berkahwin dengannya.

Vivian Chow dan keluarga Joe Nieh








