Cari:
Carikan Daging Lembu Yu-Shiang
2008-12-22 13:46:55 CRI Cetak

Carikan Daging Lembu Yu-Shiang (Digoreng dengan Sos Bawang Putih Pedas)

鱼香牛肉丝 (Yu2 Xiang1 Niu2 Rou4 Si1)

Nama Bahasa Inggeris: Yu-Shiang Shredded Beef (Sauteed with Spicy Garlic Sauce)

Cuisine: Masakan Sichuan

Asal Usul:

Kononnya, pada zaman dahulu kala, ada seorang peniaga di Sichuan, yang seisi keluarganya sangat suka makan ikan. Setiap kali memasak ikan, isterinya akan menggunakan bahan-bahan perasa, seperti bawang hijau, bawang putih, halia, cuka dan kicap, untuk menyedapkan masakan tersebut. Pada suatu malam, ketika menggoreng carikan daging lembu, isteri peniaga ini telah mencampurkan baki bahan perasa yang ditinggalkan ketika memasak ikan pada siangnya, kerana dia tidak mahu membazirkan bahan tersebut. Bagaimanapun, setelah masakan itu siap, dia berasa bimbang kerana takut masakan tersebut tidak sesuai dengan selera suaminya. Namun, apa yang terjadi kemudiannya sangat di luar sangkaannya. Selepas merasai hidangan tersebut, suaminya terusmemuji masakannya yang kian baik itu, dan tidak sabar-sabar lagi mendengar bagaimana dia memasaknya. Maka, isterinya pun menceritakan secara terperinci apa yang berlaku, kepada suaminya. Rasa masakan tersebut begitu unik dan enak, kerana ia dimasak dengan baki bahan perasa untuk memasak ikan. Inilah asal usul masakan Carikan Daging Lembu Yu-Shiang yang menjadi sangat popular pada masa ini.

Bahan: daging lembu, kulat hitam, cili merah, halia dan bawang putih

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China