Cari:
Minum Air Dengan Kaedah yang Betul
2008-12-23 11:20:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Air merupakan komponen terpenting dalam tubuh manusia, dan nyawa seseorang akan terancam jika tubuhnya kehilangan 15% air. Maka, minum air dengan kaedah yang betul amat bermanfaat bagi kesihatan kita. Oleh itu, beberapa isu, seperti berapa banyak, bila dan bagaimana kita minum air setiap hari, perlu diberi perhatian.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa kita perlu minum air antara 6 hingga 8 gelas air, iaitu kira-kira 1,000 hingga 2,000 mililiter setiap hari. Pakar kesihatan menasihati kita supaya jangan menunggu hingga berasa dahaga baru minum air. Kita perlu membiasakan diri dengan kerap minum air, namun jumlah air yang diminum setiap kali tidak perlu terlalu banyak.

Pada umumnya, lebih baik kita minum segelas air dahulu sebelum bersarapan, minum lagi segelas air kira-kira pukul 8.30 pagi, lalu diikuti dengan segelas air sebelum dan selepas makan tengah hari. Selanjutnya minum segelas lagi pada lebih kurang pukul 2.30 petang, kemudian, segelas air lagi sebelum makan malam dan akhirnya segelas lagi sejam sebelum tidur.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China