Cari:
Song Hye-kyo Belajar Bahasa Mandarin untuk Berlakon dalam Filem John Woo
2009-01-12 12:47:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bintang filem Republik Korea, Song Hye-kyo telah dilantik sebagai duta kehormat "Orkestra Simfoni Youtube" kawasan Asia-Pasifik. Promosi kali pertamanya telah diadakan di Hong Kong baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa sebagai duta kehormat, beliau juga telah mendapat banyak pengetahuan tentang muzik klasik melalui pelbagai aktiviti promosi.

Tentang kegiatannya bagi tahun 2009, Song Hye-kyo menyatakan bahawa beliau akan berlakon dalam filem John Woo, iaitu "1949". Sekarang beliau sedang berusaha mempelajari bahasa Mandarin untuk filem tersebut. Beliau merasakan bahawa bahasa mandarin agak sukar dipbelajari. Song Hye-kyo menyatakan bahawa filem John Woo sangat diminatinya sejak beliau kecil lagi, dan beliau selalu berharap dapat bekerjasama dengan John Woo. Sekarang, impiannya telah menjadi nyata.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China