Cari:
Roti Lebih 1600 Meter Panjangnya di Mexico
2009-01-13 16:16:12 CRI Cetak

Aktiviti membuat roti besar ini telah diadakan oleh Persatuan Perniagaan Industri Roti Negara Mexico di Jalan "20 Haribulan November" di Kota Mexico pada 4 Januari lalu.

Roti ini panjangnya lebih 1600 meter dan beratnya mencapai 10 ribu kilogram. Roti ini dibuat dengan menggunakan 6600 kilogram tepung, 3000 kilogram mentega, 44,000 biji telur, 1500 liter susu dan 2000 kilogram gula. Seramai 2300 orang terlibat dalam membuat roti ini, dari pukul 3 pagi hingga pukul 6 malam. Kos membuat roti ini kira-kira 77 ribu dolar Amerika.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China