Seorang pereka bentuk, Encik Ji Xiaoming kelihatan sedang mempamerkan karyanya, iaitu "Lembu Mutiara" di Kota Mutiara dan Batu Permata China di Suzhou, provinsi Jiangsu China.
Mengambil sempena kedatangan tahun "lembu" menurut kalendar China, Encik Ji Xiaoming telah membuat 10 ekor "lembu mutiara". Antara lembu tersebut, yang paling besar diperbuat daripada lebih 100 ribu biji mutiara, manakala lembu yang paling kecil itu dibuat dengan menggunakan lebih 200 biji mutiara.
Inilah "Lembu Mutiara" yang terbesar yang dibuat dengan menggunakan lebih 100 ribu biji mutiara.