Seorang jurumasak kelihatan sedang mengajar warga bandar Zhengzhou cara yang mudah untuk membuat dumpling.
2009 orang warga bandar Zhengzhou kelihatan sedang membuat dumpling bersama-sama.
Aktiviti "2009 orang membuat dumpling bersama" yang dianjurkan oleh kerajaan bandar Zhengzhou telah diadakan pada 18 Januari lalu. Aktiviti ini diadakan sempena perayaan Tahun Baru China dan telah disertai oleh seramai lebih 2000 orang warga bandar.
Sebiji dumpling besar yang beratnya 600 kg selesai dibuat dan dipamerkan di lapangan "Kota Hijau" di bandar Zhengzhou.