Cari:
Aktiviti Perayaan Tahun Baru Cina Mengembalikan Keyakinan dan Membawa Kegembiraan Kepada Rakyat
2009-01-22 15:23:40 CRI Cetak

Upacara menyalakan tanglung yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura, Wong Kan Seng telah diadakan di China Town pada malam 3 Januari lalu.

Walaupun mengalami kesan krisis kewangan sedunia, suasana perayaan Tahun Baru Cina di Singapura tetap meriah. Dengan sokongan badan-badan kerajaan yang berkenaan, persatuan orang Cina dan perantau China serta syarikat-syarikat yang diusahakan oleh orang Cina di Singapura bersiap sedia mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyambut pesta ini, demi mengembalikan keyakinan dan memberikan kegembiraan kepada orang ramai untuk menghadapi sebarang masalah.

Pusat beli-belah, pasar raya, restoran, "China Town" (Kreta Ayer) dan pasar barang-barang sambutan pesta di sekitar kawasan perumahan di Singapura telah dihias untuk menyambut Tahun Baru Cina. Penduduk tempatan berduyun-duyun membeli hiasan untuk menghias rumah masing-masing menjelang pesta ini.

Sementara itu, salah satu aktiviti perayaan pesta ini, iaitu upacara menyalakan tanglung telah diadakan di China Town (Kreta Ayer) pada malam 3 Januari lalu. Pelbagai aktiviti pula akan diadakan menjelang perayaan ini sehingga 15 Februari nanti.

Ekoran kesan negatif krisis kewangan sedunia, pertumbuhan ekonomi Singapura juga merosot. Tetapi, masalah ekonomi ini tidak begitu teruk mempengaruhi perasaan warga Singapura untuk merayakan pesta Tahun Baru Cina.Pegawai Daerah China Town bagi promosi pesta perayaan Tahun Baru Cina, Encik Philip Loh menyatakan bahawa tema perayaan pesta tahun ini ialah "Harapan dan Kebahagiaan". Mereka ingin mengembalikan keyakinan warga Singapura supaya terus berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih bahagia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China