Cari:
Ayam Pengemis Changshu
2009-02-17 17:31:28 CRI Cetak

Ayam Pengemis Changshu

常熟叫化鸡 (chang2 shu2 jiao4 hua1 ji1)

Ayam Pengemis Changshu, hidangan masakan ayam betina dengan cara yang istimewa. Ia bukan sahaja masakan tradisional Changshu, provinsi Jiangsu, tetapi juga merupakan masakan terkenal di seluruh China.

Cuisine: Masakan Jiangsu

Asal Usul:

Pada penghujung kekuasaan dinasti Ming dan awal dinasti Qing, terdapat seorang pengemis yang tinggal di gunung Yushan, Changshu, provinsi Jiangsu. Dia sering turun ke pekan meminta sedekah untuk mendapat sesuap nasi. Pada suatu hari, dia bukan sahaja mendapat makanan, tetapi juga bertemu dengan seorang ibu tua yang baik hati yang memberi seekor ayam betina kepadanya. Dia sangat gembira dengan pemberian itu sehingga menari kesukaan. Namun, dia segera tersedar bahawa dia hanya seorang pengemis. Selain mangkuk yang ada pada tangannya, tiada lagi barang kepunyaannya. Bagaimana hendak memasak ayam ini? Fikirnya. Lama dia memikirkan hal ini, tetapi gagal mendapat penyelesaiannya. Tiba-tiba tercetus satu idea. Dia meminjam pisau dapur daripada tuan rumah berdekatan, menyembelih ayam betina itu, menghilangkan viseranya, mnyalut ayam itu dengan lumpur kuning, lalu membakarnya di atas unggun api. Setelah salutan lumpur yang dibakar menjadi kering, dia mmecahkan salutan lumpur itu dengan tongkat kayu. Dengan itu, bulu ayam turut tersingkir dengan ketulan lumpur yang pecah. Pengemis itu segera menjamah daging ayam itu dengan lahapnya.

Secara kebetulan, cendekiawan dinasti Ming, Qian Muzhai melalui tempat itu. Beliau terhidu bau enak ayam bakar dan melihat dari jauh pengemis yang sedang leka makan. Beliau menghantar pengiringnya bertanyakan mengenai masakan tersebut. Pengiring itu bukan sahaja mengetahui kaedah masakan, tetapi juga membawa sepotong daging ayam kepada Qian Muzhai. Sekembali ke rumahnya, Qian Muzhai mengarahkan tukang masaknya memasak ayam mengikut kaedah memasak pengemis itu. Dia meminta dimasukkan pelbagai perasa ke dalam perut ayam, membungkusnya dengan daun teratai, mmenyalutnya dengan lumpur kuning, membakarnya, dan memberi nama "ayam pengemis" kepadanya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China