Cari:
Itik Asin Nanjing
2009-02-25 15:04:09 CRI Cetak

Itik Asin Nanjing 南京盐水鸭 (nan2 jing1 yan2 shui3 ya1)

Nama bahasa Inggeris: Salted Duck

Asal Usul: Itik Asin merupakan masakan khas bandar Nanjing, ibu kota Provinsi Jiangsu, di bahagian selatan China. Ia telah mempunyai sejarah lebih 1,000 tahun.

Hidangan itik asin mula menjadi popular di Nanjing pada zaman Dinasti Qing (1617-1911). Ketika itu, ramai pelajar dari kawasan sekitar Nanjing berkumpul berhampiran dengan Kuil Konfusius di bandar Nanjing kerana jabatan kerajaan yang bertanggngjawab tentang peperiksaan terletak di sana. Sebahagian daripada mereka tidak rajin belajar tapi suka makan dan main bersama dan memberi rasuah kepada pegawai yang berkenaan untuk lulus dalam peperiksaan. Tetapi yang menghairankan, benda yang dipilih sebagai suapan atau hadiah oleh mereka bukanlah emas, perak atau benda-benda berharga yang lain, malah hanya Itik Asin yang sangat popular di Nanjing. Itik Asin juga sudah menjadi popular di seluruh dunia. Ibu Suri Cixi (1935-1908) dikatakan sangat suka kepada masakan ini dan setiap tahun akan membeli 500 ekor Itik Asin dari Nanjing.

Di Nanjing, kalau mengadakan jamuan pasti ada Itik Asin. Sekarang terdapat lebih 1500 buah syarikat pembuat Itik Asin di Nanjing. Mereka mengeluarkan lebih 150 ribu ekor Itik Asin setiap hari. Penduduk Nanjing sahaja dikatakan makan kira-kira 80 ribu ekor Itik Asin ini setiap hari.

Bahan: itik, garam, cuka, bawang, halia, ciri merah cina, jintan manis.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China