Cari:
Trampolin He Wenna Berharga 150 Ribu Yuan RMB
2009-02-26 14:32:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Untuk mencapai hasil yang cemerlang dalam sukan peringkat dunia, para atlet perlu berlatih dengan rajin dan tekun. Di samping itu, peruntukan untuk pelbagai peralatan latihan juga sangat diperlukan dan jumlah yang besar. Di China, kebanyakan peruntukan untuk latihan atlet dan peralatan latihan datangnya dari tabung loteri sukan.

Dalam upacara pelantikan duta loteri Sukan yang baru, para juara Sukan Olimpik, Zhong Man, Zhang Juanjuan, Du Li dan He Wenna telah mendedahkan harga peralatan yang digunakan oleh mereka dalam pertandingan tersebut. Antaranya, senapang angin yang digunakan oleh Du Li merupakan senapang buatan Jerman yang berharga 40 ribu Yuan RMB. Manakala, trampolin yang digunakan oleh He Wenna dalam latihannya sehari-hari berharga 100 ribu hingga 200 ribu yuan RMB.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China