Jing Junhong, atlet pingpong yang berasal dari Shanghai, China baru-baru ini telah menerima pelantikan dari Persatuan Am Pingpong Singapura untuk menjadi jurulatih pasukan pingpong wanita negara itu. Persatuan Am Pingpong Singapura memaklumkan bahawa pelantikan Jing Junhong telah disahkan oleh Majlis Sukan Singapura dan penggalnya akan bermula pada 1 Mac nanti untuk jengka masa dua tahun.
Jing Junhong yang berumur 40 tahun telah berpindah ke Singapura pada penghujung tahun 1991 dan menjadi warganegara Singapura pada bulan April tahun 1994.