Cari:
Ikan Mandarin Berbentuk Tupai dengan Saus Manis dan Masam
2009-03-06 15:35:33 CRI Cetak

Ikan Mandarin Berbentuk Tupai dengan Saus Manis dan Masam 松鼠桂鱼 (Song1 Shu3 Gui4 Yu2)

Nama Bahasa Inggeris: Sweet and Sour Mandarin Fish

Cuisine: Masakan Jiangsu

Asal Usul:

Kononnya, Raja Qian Long pada zaman Dinasti Qing pernah singgah bersantap di Restoran Songhe di bandar Suzhou, di Provinsi Jiangsu ketika melawat ke bahagian selatan Sungai Yangtze. Tukang masak di restoran itu telah memilih seekor ikan kap yang besar, dan memotong tulang belakang dan tulang rusuknya, lalu membuat hirisan berbentuk berlian pada badan ikan itu. Setelah dilumus dengan bahan-bahan perasa beberapa lama, ikan itu disalut dengan cecair kuning telur, lalu dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak masak untuk digoreng. Setelah warnanya menjadi kuning, ia dipindahkan ke pinggan, lalu dituangkannya dengan saus manis dan masam. Oleh kerana rupanya mirip tupai, dan rasanya sangat unik, iaitu daging di luar rasa garing, manakala, daging di dalamnya agak lembut, masakan ini mendapat pujian tinggi daripada Raja Qianlong. Sejak itulah, masakan ini disukai ramai di kawasan tersebut.

Bahan: ikan mandarin, buah keras pokok pain (pine nut), wain, lada putih, saus tomato, tepung kanji, garam dan cuka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China