Cari:
Ma Jin/ Wang Xiaoli Menjuarai Terbuka India
2009-04-02 15:02:19 CRI Cetak

Pada hari terakhir pertandingan Terbuka India 2009 29 Mac lalu, pemain beregu wanita China, Ma Jin/ Wang Xiaoli terus unggul dan sukar disaingi. Mereka menumpaskan pasangan Indonesia, Vita Marissa/Nadya Melati, dalam dua set dengan 21:14 dan 21:13 dalam pertandingan akhir dan berjaya menjuarai acara beregu wanita.

Pada permulaan set pertama pertandingan, kedua-dua pemain China itu menunjukkan permainan yang aktif. Selepas bermain seri 1:1, mereka cepat mendahului lawan selepas memenangi lima mata secara berturut-turut. Kemudian, kedua-dua pihak merebut mata secara bergantian. Cuma yang tetap menguasai gelanggang itu adalah pasangan China. Selepas 15:10, pasangan Indonesia memenangi tiga mata secara bertalu-talu sehingga mengecilkan jurang itu pada dua mata sahaja. Bagaimanapun, Ma Jin/Wang Xiaoli tidak panik dan berjaya memenangi lima mata secara berterusan sehingga mendahului lawan dengan 20:13. Setelah pasangan Vita Marissa/Nadya Melati menyelamatkan satu mata set, Ma Jin/Wang Xiaoli berjaya merebut set dan memang dengan 21:14 dalam set pertama.

Dalam set kedua, kedua-dua pasangan China dan Indonesia bermain seri dengan 1:1, 2:2 dan 3:3 pada permulaan perlawanan. Kemudian, Ma Jin/Wang Xiaoli merebut empat mata secara berterusan sehingga dapat menguasai gelanggang. Tetapi, pasangan Indonesia hebat juga dengan memenangi tiga mata secara berterusan. Selepas itu, Ma Jin/Wang Xiaoli berjaya merebut peluang dan mendahului saingan dengan 18:10 selepas memperoleh lima mata secara straight. Pasangan Indonesia hilang semangat berjuang kerana tertinggal banyak mata. Setelah mendapat beberapa mata masing-masing, kedua-dua pihak cepat menamatkan pertandingan. Pemain China menang dengan 2:0.

Selain itu, Taufik Hidayat dari Indonesia dan Pi Hongyan dari Perancis masing-masing keluar sebagai johan dalam acara perseorangan lelaki dan wanita Terbuka India.

Dalam acara perseorangan lelaki, Taufik Hidayat yang muncul sebagai pilihan kedua mengalahkan pemain Malaysia, Hafizi Hasim dengan 21:18 dan 21:19.

Dalam acara perseorangan wanita pula, pemain Perancis, Pi Hongyan selepas hilang satu set, bangkit dan kembali menyengat sehingga berjaya menumbangkan pemain Malaysia yang muncul sebagai pilihan kelima, Julia Pei Xian Wong. Keputusan dalam ketiga-tiga set itu adalah 17:21, 21:15 dan 21:14.

Dalam pertandingan akhir acara beregu lelaki, pasangan Malaysia yang ditetapkan sebagai pilihan pertama, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah menundukkan pasangan Singapura, Hendri Kurniawan Saputra/Hendra Wilaya dalam dua set dengan 21:9 dan 21:11.

Dalam pertandingan akhir beregu campuran, pemain Indonesia, Flandy Limpele/Vita Marissa menumpaskan kombinasi campuran dari India yang muncul sebagai piihan kedua, Diju Valiyaveetil/Jwala Gutta dalam dua set dengan 21:14 dan 21:17.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China