Semasa berehat dalam satu sesi latihan, Xie Xingfang yang diwawancara oleh wartawan, mengaku bahawa beliau menghadapi kesulitan bagi merebut gelaran johan, tetapi beliau tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

Menyentuh kegagalan dalam Kejohanan Asia, iaitu ditumbangkan oleh Zhu Lin dalam dua set sahaja, Xie Xingfang menjelaskan bahawa tenaganya sudah banyak dihabiskan sebelum pertandingan akhir. Beliau melalui pertandingan yang perit bagi melayakkan diri ke peringkat akhir selepas membenam rakan sepasukannya Lu Lan dan Wang Yihan yang permainannya hebat pada masa kebelakangan ini.
Xie Xingfang memahami keadaan badannya dan menganggap permainannya dalam beberapa bulan yang lalu sebagai normal. Kata beliau: "Saya selalu bertanding dengan rakan sepasukan dalam beberapa siri super baru-baru ini, maka saya berasa seolah-olah bermain di negara sendiri. Saya tidak mengambil berat terhadap hasil pertandingan seumpama ini, baik kalah mahupun memang."

Piala Sudirman akan berlangsung di Guangzhou China pada bulan Mei. Xie Xingfang berharap agar dapat disenaraikan semula sebagai pemain utama. Jika dipilih, ia bermaksud akan membawa cabaran yang besar kepada dirinya. Katanya: "Kategori perseorangan wanita memainkan peranan penting dalam pertandingan badminton yang bersifat kumpulan campuran seperti Piala Sudirman. Sesiapa pun yang terpilih pasti diharapkan merebut kejuaraan itu." Beliau belum diberitahu mengenai siapa yang dipilih oleh pasukan China dalam senarai empat orang pemain kategori perseorangan wanita. Kata beliau: "Saya tidak perlu mempertimbangkan sama ada dipilih atau tidak untuk turun ke gelanggang. Keputusan itu akan dibuat oleh kumpulan jurulatih berdasarkan hasil permainan masing-masing menghadapi lawan dari dalam dan luar negeri.

Pada pandangan Xie Xingfang, Kejohanan Asia jatuh pada tarikh yang paling dekat dengan Piala Sudirman dan dilihat sebagai peluang yang paling baik untuk memastikan kedudukan pemain. "Jika dipilih, saya pasti berusaha dengan sedaya upaya," Kata Xingfang.
Mulai penghujung tahun lalu, Xie Xingfang mengatur sendiri jadual latihan dan pernah mengikuti latihan dalam kategori beregu wanita supaya dapat melengkapi teknik permainannya. Xingfang mengaku bahawa mengikuti latihan beregu adalah untuk meningkatkan keupayaan menyerang secara berterusan dan meningkatkan kepantasan semasa beraksi di gelanggang, tetapi kesan yang memuaskan belum tercapai setakat ini.
Pada masa sekarang, Xie Xingfang sudah mengikuti latihan bersama-sama dengan rakan sepasukan dan tahapnya juga semakin mantap. Beliau berkata, "Kami bekerjasama dengan baik dengan jurulatih yang baru, iaitu Zhang Ning yang mempunyai kaedah latihannya yang tersendiri. Pemain muda dalam pasukan badminton China seperti Wang Yihan, telah mencapai kemajuan yang besar dan sedang menunjukkan taraf permainan yang hebat. Boleh dikatakan bahawa persaingan sudah menjadi semakin sengit dalam peringkat pasukan."
Dengan nada perlahan, beliau berkata: "Zaman kemuncak saya sudahberakhir. Pada masa dahulu, saya mampu merebut beberapa gelaran johan dalam siri super secara bertalu-talu. Saya berada di kemuncak pada tahun 2006 apabila memenangi 7 hingga 8 kejohanan dalam 10 siri super. Saya pernah membayangkan bahawa seandainya Sukan Olimpik Beijing berlangsung pada tahun 2006, maka saya pasti boleh memenangi pingat emas..."
DAZHONG.............








