
Pelakon Jackie Chan tiba di Beijing semalam untuk menyertai program promosi "Album Setem Jackie Chan". Album setem tersebut diterbitkan oleh Syarikat Pengumpulan Setem China khusus untuk konsert Jackie Chan yang akan diadakan di stadium "Sarang Burung". Beliau berkata mengadakan konsert di "Sarang Burung" telah memberi tekanan besar terhadap dan memohon media jangan menambahkan lagi tekanan kepadanya. Jackie Chan juga menyeru para penonton mementingkan perlindungan alam sekitar agar berlangsung sebuah konsert yang "bersih".








