Cari:
Cara Yang Betul untuk Memakai Penutup Mulut
2009-05-04 13:10:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Influenza A (H1N1) sedang merebak di seluruh dunia. Memakai penutup mulut merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah dijangkiti virus tersebut. Pakar perubatan telah memaklumkan cara yang betul untuk memakai penutup mulut

Sebelum memakai penutup mulut, tangan perlu dicuci dulu. Lapisan yang berwarna perlu menghadap ke luar dan bahagian yang ada lapisan logam halus perlu diletakkan ke atas. Penutup mulut ini dipakai sepaya menutup hidung dan mulut. Lapisan logam di sebelah atas penutup mulut ini perlu ditekan agar ia bengkok dan sesuai dengan bentuk batang hidung. Dengan itu, penutup mulut ini dapat menutup bahagian muka tersebut dengan rapat.

Ketika membuka penutup mulut ini, lapisan yang menghadap ke luar jangan disentuh, sebab di atasnya mungkin sudah terdapat virus. Masukkan penutup mulut yang sudah dipakai ini ke dalam karung kertas dan buang ke dalam tong sampah yang mempunyai tutup.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Pesona Qilian pada Musim Gugur

• Pemandangan Lembah Nanyi yang Indah
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China