Cari:
Pasukan Badminton China Raih Piala Sudirman
2009-05-18 16:16:13 CRI Cetak

Kejohanan Badminton Berpasukan Dunia Piala Sudirman 2009 telah melabuhkan tirainya di Guangzhou semalam. Pasukan China, yang menewaskan pasukan Republik Korea dengan 3:0, berjaya meraih Piala Sudirman untuk kali ketujuh.

Pemain China, Zheng Bo dan Yu Yang menang dalam pertandingan acara beregu campuran selepas mengatasi pemain Republik Korea, Lee Yong Dae dan Lee Hyo Jung dengan 2:1. Dalam pertandingan perseorangan lelaki yang seterusnya, juara Olimpik China, Lin Dan berjaya mengatasi lawannya, Park Sung Hwan dengan 2:0. Pada pertandingan acara beregu lelaki, pasukan Republik Korea dikalahkan oleh pasangan pemain China, Cai Yun dan Fu Haifeng dengan mata 1:2.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China