Cari:
Lima Jenis Makanan Paling Sedap pada Musim Panas
2009-06-03 12:42:21 CRI Cetak

Cuaca semakin panas menyebabkan selera orang kurang baik. Namun, terdapat beberapa jenis makanan yang sedap dan bermanfaat bagi kesihatan. Kita akan berasa selesa sepanjang musim panas ini dengan penggunaan makanan tersebut.

Yang pertama ialah sayuran yang rasanya pahit seperti labu pahit, sayur pahit dan sayur kubis. Menurut perubatan tradisional China, makanan yang rasanya pahit bermanfaat bagi buah pinggan dan limpa, dan berkhasiat membantu menghilangkan kepanasan dalam badan.

Yang kedua ialah itik kerana daging itik bersifat dingin yang sesuai untuk makan pada musim panas. Selain itu, daging itik baik untuk melembutkan pembuluh darah dan menurunkan tekanan darah.

Yang ketiga ialah tembikai. 90% daripada bahan tembikai ialah air. Buah ini dapat menambah air yang mencukupi kepada badan manusia yang sering berpeluh pada musim panas. Selain itu, makan tembikai pada cuaca yang panas bermanfaat untuk mengelakkan strok haba.

Cuka amat diperlukan ketika kita masak, lebih-lebih lagi pada musim panas kerana cuka bukan sahaja boleh membersihkan kuman, malah juga dapat membangkitkan selera kita.  

Selain daripada makanan, minuman juga penting bagi kita mengalami musim panas. Teh panas adalah minuman pilihan pertama kerana perut kita akan merasa selesa dan tidak dahaga selepas minum teh panas. Menurut hasil ujian, teh panas sebenarnya lebih berfungsi membantu menurunkan suhu badan daripada minuman sejuk.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China