Cari:
Fo Tiao Qiang
2009-06-10 16:21:44 CRI Cetak

Fo Tiao Qiang 佛跳墙 (Fo2 Tiao4 Qiang2)

Nama Inggeris: Buddha Jumps Over the Wall

Cuisine: masakan Fujian

Asal Usul: "Fo Tiao Qiang" yang juga disebut "Abalone Stim Bersama Sirip Yu dan Perut Ikan" merupakan masakan yang terkenal di Fuzhou, Fujian. Kononnya, pada suatu hari, Xuan Quan, seorang sami besar terkemuka Dinasti Tang singgah di Fuzhou, ibu kota provinsi Fujian dalam perjalanan ke Kuil Shaolin Fujian. Kebetulan, seorang pegawai tempatan yang rumahnya di sebelah tempat tinggal Xuan Quan mengadakan jamuan dengan masakan "Abalone Stim Bersama Sirip Yu dan Perut Ikan". Selepas terhidu bau masakan itu, terbuka seleranya lalu beliau segera, melompat tembok ke dalam jamuan itu untuk menikmati masakan itu. Dalam bahasa China, Fo bermaksud Buddha atau sami besar. Tiao bermaksud melompat, manakala Qiang bermaksud tembok. Demikianlah asal usul nama masakan "Fo Tiao Qiang".

Bahan masakan ini melebihi 18 jenis, termasuk timun laut, abalone, sirip yu, dan kekapis kering. Terlebih dahulu, bahannya digoreng atau dididih sebelum dimasukkan ke dalam periuk belanga yang besar secara berlapis-lapis, lalu dimasukkan sup daging dan wain Shaoxing. Akhirnya, periuk itu ditutup dengan daun teratai dan dipanaskan di atas api.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China