Cari:
Yao Ming Kehilangan Peluang Beraksi bagi Musim 09/10
2009-07-01 16:16:07 CRI Cetak

Doktor pasukan Houston Rockets, Tom Clanton menyatakan bahawa Yao Ming yang mengalami cedera pada lutut kirinya berkemungkinan besar kehilangan peluang untuk beraksi dalam NBA musim 09/10. Kecederaan ini juga mungkin mengancam kerjayanya sebagai pemain bola keranjang yang ulung.

Yao telah mengalami cedera di kaki kirinya pada saat Rockets menghadapi Los Angeles Lakers pada babak ketiga "playoffs" NBA pada 8 Mei yang lalu. Inilah kali keempat Yao mengalami patah tulang pada kakinya.

Menurut Clanton, pemain yang berasal dari China ini dijangka menjalani rawatan pemulihan yang agak lama.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China