Cari:
Sukan Etnik-etnik Minoriti Ke-4 Dirasmikan di Qinghai
2009-07-06 11:49:15 CRI Cetak

Sukan Etnik-etnik Minoriti Ke-4 Provinsi Qinghai telah dirasmikan di padang rumput Jinyintan di Daerah Autonomi Haibei yang berpenduduk etnik Tibet, Qinghai pagi semalamdalam persembahan secara besar-besaran.

Sukan yang berlangsung selama 4 hari itu mengemukakan 9 acara seperti gusti, pertandingan memanah, perlumbaan yak, tarik tali, silat dan bola keranjang serta 6 acara persembahan seperti ekuestrian, pertandingan menembak dengan berkuda dan opera Tibet. Kira-kira 640 orang atlet dari seluruh provinsi Qinghai menyertai sukan kali ini.

Selain itu, pelbagai aktiviti kebudayaan etnik dipersembahkan oleh pelbagai kaunti di daerah tersebut secara bergilir pada setiap malam sepanjang tempoh berlangsungnya sukan ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China