
Alat penyaman udara kini banyak digunakan pada musim panas. Pakar dalam bidang ini mengingatkan bahawa jika menggunakan alat penyaman udara melebihi 3 jam dalam sebuah bilik tertutup, udara dalam bilik itu akan menjadi tidak segar lagi. Jika melebihi 6 jam, udara dalam bilik menajadi tercemar dengan serius dan akan menjejaskan kesihatan orang yang berada dalam bilik tersebut. Kalau merasa susah bernafas, kena influenza, mengantuk dan tak responsif, ini mungkin ada kaitannya dengan kekurangan oksigen ekoran sudah lama berada di bilik yang tertutup. Oleh itu, jika kita berada dalam bilik tertutup yang menggunakan alat penyaman udara lebih daripada 3 jam, eloklah dibuka tingkap agar mengekalkan peredaran udara.