
Ikan Tasik Barat Masak Cuka (西湖醋鱼 Xi1 Hu2 Cu4 Yu2)
Cuisine: Masakan Zhejiang
Ikan Tasik Barat dimasak dengan cuka adalah masakan tradisional yang terkenal dari kawasan Hangzhou, Provinsi Zhejiang. Masakan ini istimewa kerana tidak menggunakan minyak, hanya air untuk mengekalkan kesegaran ikan.
Asal Usul: Kononnya, pada zaman dahulu, terdapat dua beradik lelaki daripada keluarganya Song yang bekerja sebagai nelayan di Tasik Barat. Song yang lebih tua sudah beristeri, dan isterinya sangat cantik. Seorang penjahat tempatan ingin merampas isterinya, lalu ia membunuh si abang tersebut. Jadi, si adik bersma kakak iparnya telah mengadu kepada pegawai kerajaan. Namun, pegawai tersebut didapati bersubahat dengan penjahat itu. Maka si kakak ipar itu telah menasihatkan adik iparnya supaya melarikan diri segera. Sebelum bertolak, kakak iparnya telah memasak ikan Tasik Barat dengan cuka dan gula untuknya. Setelah sekian lama, adik itu berjaya menjadi pegawai kerajan, dan dia menghukum penjahat itu. Namun, dia tidak berjumpa dengan kakak iparnya. Suatu hari, orang muda itu menghadiri satu jamuan. Ketika makan, masakan ikan dengan cuka dan gula itu dirasakannya sama dengan masakan kakak iparnya. Maka, dia bertanya siapa yang memasak ikan itu. Dia diberitahu bahawa yang memasak masakan itu ialah kakak iparnya. Dia sangat gembira, dan akhirnya kembali ke Tasik Barat bersama-sama dengan kakak iparnya untuk hidup sebagai nelayan semula.
Bahan: ikan air tawar, Shaoxing Reserva, kicap, halia, gula, cuka dan lada.









