Cari:
Udang Goreng Berbentuk Pipa
2009-08-18 12:31:30 CRI Cetak

Udang Goreng Berbentuk Pipa 香炸琵琶虾 (Xiang1 Zha2 Pi2 Pa Xia1)

Nama Bahasa Inggeris: Fried Prawns into a Pipa Shape

Cuisine: Masakan Anhui

Cara Memasak:

1. Cencang daging udang, daging dada ayam, asparagus dan cendawan sehingga lumat. Campurkan dengan putih telur.

2. Udang dibuang kulit dan kepala dan dibersihkan. Ambil beberapa sudu tembikar, letakkan udang yang disediakan tadi ke dalam sudu tersebut dengan ekornya ditinggalkan di luar. Balutkan udang yang ditinggalkan di dalam sudu itu dengan bahan gaulan tersebut, lalu dikukus sehingga masak.

3. Tunggulah sehingga bahan tersebut menjadi sejuk, pindahkannya dari sudu ke dalam pinggan, lalu salutkannya dengan cecair kuning telur dan tepung untuk digoreng.

4. Setelah siap, taburkan bijan yang telah digoreng.

Oleh kerana rupanya mirip Pipa, iaitu sejenis alat muzik tradisional China, dan rasanya sangat unik, iaitu daging di luar rasa garing, manakala, daging di dalamnya agak lembut, masakan ini disukai ramai di sebelah utara Sungai Huai.

Bahan: Udang, daging udang, daging dada ayam, asparagus, cendawan, cecair putih telur dan bijan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China