Li Gongtao merupakan seorang jurukhat di Bandar Kaifeng, Provinsi Henan, bahagian tengah China. Karyanya yang dikumpulkan sebagai inskripsi, hadiah dan koleksi mencecah lebih 2000 buah. Beliau juga mengetuai anggota keluarganya untuk menubuhkan Muzium Batu Bersurat Hanyuan China yang terdiri daripada lebih 3800 buah batu bersurat dengan panjangnya tiga kilometer.

Li Gongtao dilahirkan dalam sebuah keluarga di tebing Sungai Kuning di Provinsi Henan China pada tahun 1927. Rumahnya dekat dengan Makam Diraja Dinasti Song China, dan terdapat banyak batu tulisan seni khat dan pahatan batu di sana. Dengan itu, beliau diberikan pengaruh baik daripada kebudayaan dan kesenian tradisional China sejak kecil. Ketika bersekolah rendah, beliau hanya dapat menulis di atas tanah dengan ranting kayu kerana tidak mampu membeli alat tulis. Selepas menjadi dewasa, Li Gongtao menaruh minat yang lebih besar kepada seni khat. Kebolehannya dalam seni khat merupakan kegemarannya.
"Saya enggan membeli makanan dan pakaian. Namun, saya sudi membeli buku dan lukisan walaupun betapa mahalnya asalkan saya mampu. Malah, saya menulis, melukis dan mengunjungi pameran lukisan dalam impian."
Li Gongtao mula bekerja pada tahun 1951. Walau bagaimanapun, beliau tetap menumpukan perhatiannya kepada penyelidikan seni khat dan kebolehan seni lukis. Li Gongtao turut menyelidiki seni khat, catan minyak, lukisan dakwat dan arca dengan bersungguh-sungguh. Untuk mempelajari aksara cap, beliau meminjam sebuah "Kamus Kangxi", dan melatih dengan mengikuti perkataan aksara cap dalam kamus itu. Beliau menulis di tanah pada siang hari, dan menulis pada badannya pada waktu malam, sehingga menguasai sebutan dan tulisan lebih 3000 perkataan aksara cap, dan menyunting kamus aksara cap dengan lebih 30,000 perkataan.
Pada bulan Ogos tahun 1985, Li Gongtao mulai mengetuai anggota keluarganya untuk menubuhkan Muzium Batu Bersurat Hanyuan China yang mengumpulkan inti sari puisi, seni khat, lukisan dan cap, yang terdiri daripada lebih 3800 buah batu bersurat dengan panjangnya tiga kilometer. Presiden China, Hu Jintao selepas melawat muzium batu bersuratnya memuji bahawa, Encik Gongtao memberi sumbangan besar bagi menggalakkan budaya China.
Dalam proses menubuhkan Muzium Batu Bersurat Hanyuan China, Li Gongtao mempelajari sejarah seni khat China secara sistematik dan melatih tulisan jurukhat terkenal di China.
Pada bulan Mei tahun 1998, Li Gongtao dipelawa untuk menyertai Pameran Seni Khat dan Lukis Dunia yang diadakan di Seoul, Republik Korea. Beliau berkata,
Dalam majlis perasmian, saya bagi pihak 12 buah negara dan kawasan untuk menyampaikan ucapan. Terdapat ribuan karya dalam pameran itu, kebanyakan antaranya kesenian lukisan tradisional China dan seni khat China. Saya merasai pengarah yang besar kebudayaan dan kesenian China terhadap seluruh dunia."
Pada Jun tahun 2000, Bekas Presiden Republik Korea, Kim Young Sam mengunjungi Muzium Batu Bersurat Hanyuan China. Li Gongtao mengekhatkan perkataan Mandarin "Wu Kui" bermaksud "Tanpa Kesalan" dan dihadiahkannya kepada Kim Young Sam.

Selain itu, karya Li Gongtao yang paling terkenal, iaitu "Man Jiang Hong" juga diberikan kepada Bekas Perdana Menteri Jepun, Kaifu Toshiki yang menyertai majlis perasmian batu ukiran pertama "Koridor Batu Kedamaian Dunia Pemimpin Pelbagai Negara" di Muzium Batu Bersurat Hanyuan China pada 3 September tahun 2007.
Li Gongtao menyampaikan kegemarannya terhadap kebudayaan China dari sanubarinya. Usahanya untuk menggalakkan kebudayaan China juga dipuji dan dihargai oleh ramai. Beliau tetap berusaha demi cita-cita yang luhur itu.








