Cari:
Tauhu Bagongshan
2009-08-28 17:12:34 CRI Cetak

Tauhu Bagongshan 八公山豆腐 (Ba1gong1shan1 Dou4fu)

Nama Bahasa Inggeris: Bagongshan Beancurd

Cuisine: Masakan Anhui

Asal Usul: Tauhu muncul di China pertama kali pada zaman Dinasti Han, iaitu pada sekitar 2,200 tahun yang lalu. Penemunya ialah Liu An, seorang bangsawan, yang juga cucu kepada Maharaja Liu Bang, pengasas Dinasti Han. Tauhu yang berkualiti tinggi adalah buatan Bagongshang di Kaunti Shou, Provinsi Anhui. Disebabkan tauhu ini diperbuat daripada kacang yang berkualiti dan air mineral semula jadi, warnanya putih dan rasanya sedap.

Cara Memasak:

1. potong tauhu dan masukkan kepingan tauhu ke dalam kuali. Rebus dengan air sejuk sehingga mendidih, keluarkan kepingan tauhu itu dari kuali dan tuskan;

2. salut kepingan tauhu dengan kanji dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan;

3. hiris rebung, dan masak dengan udang geragau dan cendawam hitam dengan menambah air, perisa dan tauhu yang sudah digoreng tadi. Pekatkan masakan ini dengan sedikit bancuhan kanji, dan biarkan beberapa ketika.

Bahan: tauhu Bagongshan, rebung, cendawan hitam, udang geragau

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China