Cari:
Ikan Menelan Kambing
2009-09-02 15:52:26 CRI Cetak

Ikan Menelan Kambing 鱼咬羊(Yu2 Yao3 Yang2)

Cuisine: Masakan Anhui

Asal Usul:

Masakan Provinsi Anhui yang terkenal ini merupakan ikan yang dimasak dengan daging kambing di dalam perutnya.

Kononnya, pada zaman Dinasti Qing, terdapat seorang petani di wilayah Huizhou yang membawa empat ekor kambing untuk menyeberangi sungai dengan menaiki kapal. Disebabkan kapal itu penuh sesak, seekor daripada kambingnya terjatuh ke dalam sungai. Kerana tidak dapat berenang, kambing itu sekejap sahaja tenggelam dalam air sungai itu. Kambing yang tenggelam itu menarik banyak ikan untuk makan dagingnya. Kebetulan, seorang nelayan lalu di tempat itu, dan selepas melihat begitu banyak ikan yang melompat di permukaan air, dia menebar jalanya. Sesampai di rumah, nelayan itu mendapati bahawa ikan yang ditangkapnya itu amat berat. Dia membelah perut salah seekor ikan itu dengan pisau, dan didapatinya perut ikan itu penuh dengan daging kambing. Nelayan itu berasa pelik, tetapi ia terus memasak ikan itu dengan daging kambing di dalam perutnya. Masakan itu rupa-rupanya menjadi sedap.

Mulai saat itu, penduduk tempatan di situ menggelarkan masakan itu "Ikan Menelan Kambing", yang kemudiannya menjadi salah satu masakan yang terkenal dalam masyarakat Anhui.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China