Cari:
Ikan yang Paling Pelik Rupanya di Akuarium Sydney
2009-09-16 15:07:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mortimer, pemberi maklumat yang berkhidmat untuk akhbar Bild Jerman, amat terkejut apabila ternampak ikan yang rupanya begitu menggerunkan ini di sebuah akuarium di Sydney baru-baru ini.

Mortimer telah mengunjungi banyak akuarium di merata-rata tempat di dunia untuk mengambil gambar pelbagai spesies ikan. Bagaimanapun, menurutnya, inilah kali pertama dia menemui seekor ikan yang rupanya begitu pelik dan menakutkan.

Dilihat dari rupanya, ikan ini mungkin seekor belut laut. Disebabkan insangnya sangat kecil, ikan jenis ini hanya boleh menggunakan mulutnya yang cukup besar ini untuk "mengepam" air supaya masuk atau keluar dari tubuhnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China