Encik Morris kelihatan amat gembira menunjukkan epal yang berwarna separuh merah dan separuh hijau hasil tanamannya.
Inilah rupa epal yang berwarna separuh merah dan separuh hijau.
Baru-baru ini, seorang warga emas Britain mendapat sebiji epal yang berwarna separuh merah dan separuh hijau daripada pokok epalnya. Ini memang mengagumkan ahli sains kerana kadar yang menghasilkan epal seperti ini hanya satu persejuta.
Menurut penjelasan ahli sains, fenomena tersebut berlaku disebabkan oleh perubahan gen yang segera dalam proses pertumbuhan epal yang berkait rapat dengan masa pemancaran cahaya matahari pada dua belah epal ini. Biasanya, sebelah yang merah bagi epal ini lebih manis daripada sebelah yang hijau.
Encik Morris mengambil foto epal ini dan kemudian menyimpannya dalam peti sejuk. Beliau sudah menjadi "bintang" yang terkenal di kampungnya kerana epal yang luar biasa ini.