Cari:
Pengarah Filem Roman Polanski Ditahan di Switzerland
2009-09-29 12:48:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Roman Polanski, pengarah filem Hollywood yang terkemuka yang pernah memenangi anugerah Oscar dengan filemnya The Pianist pada tahun 2003 ini, telah ditangkap oleh polis Switzerland atas waran tangkap A.S. kerana melakukan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 13 tahun pada 1977.

Menurut pihak penganjur Festival Filem Zurich, Polanski sepatutnya dijadualkan menerima anugerah penghormatan seumur hidup dalam festival tersebut. Bagaimanapun, dia ditahan sejurus tiba di lapangan terbang Zurich malam Sabtu lalu.

Jika diekstradisi balik ke A.S., pengarah filem yang hidup dalam buangan di Perancis selama 31 tahun dan kini sudah berusia 76 tahun ini, mungkin menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China