Pada 2 Disember, seorang peminat basikal dari Jerman, Didi Senft telah mempamerkan beberapa buah basikal "Santa Klaus"yang dibuatnya sendiri kepada pihak media di Storkow, Brandenburg. Basikal yang besar , yang panjangnya 7.3 meter dan tingginya 3.1 meter itu, kelihatan seperti sebuah kereta luncur salji.