Cari:
Aaron Kwok Hadiri Sidang Akhbar Promosi Malam Gembira Kira Detik Sambutan Tahun Baru 2010 di Shanghai
2009-12-30 15:34:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Malam semalam, bintang Hong Kong, Aaron Kwok bersama-sama dengan penyanyi Singapura, JJ Lin dan penyanyi Ekspo Dunia 2010 di Shanghai, Crystal Huang menghadiri siding akhbar promosi Malam Gembira Kira Detik Sambutan Tahun Baru 2010 untuk mempromosikan aktiviti ini. Majlis tersebut akan diadakan pada malam 31 Disember di tasik buatan manusia, Taipingqiao Xintiandi di Shanghai.

Aaron Kwok dan JJ Lin akan membuat persembahan tarian dan nyanyian yang dijangka akan mempesonakan dalam malam gembira ini.

Mereka menyatakan harapan yang tinggi terhadap malam gembira ini serta merasa bertuah dan amat gembira dapat menyertai aktiviti untuk merayakan kedatangan tahun Ekspo Dunia 2010 di Shanghai. Malam gembira yang akan berlangsung selama tiga jam ini dikatakan akan penuh dengan unsur Ekspo Dunia yang istimewa dan menarik itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China