Cari:
Yao Ming akan Balik ke A.S. Minggu Depan
2010-01-19 13:11:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bintang bola keranjang China, Yao Ming kini, ditunggu oleh staf dan doktor pasukannya Houston Rockets dari Pertubuhan Bola Keranjang A.S. (NBA), untuk menghabiskan hari cutinya di Shanghai dan balik ke A.S. untuk menjalani pemeriksaan semula kakinya yang cedera pada bulan Mei tahun lalu. Kecederaan kali ini mengakibatkan beliau tidak dapatmenyertai pertandingan NBA dan Kejohanan Bola kranjang Dunia tahun ini.

Dalam bidang bola keranjang, Yao Ming bukan sahaja merupakan seorang pemain, sekarang juga memiliki pasukannya sendiri dalam Pertubuhan Bola Keranjang China (CBA), iaitu pasukan Shanghai. Selepas beliau dipatutkan tidak boleh menyertai pertandingan dalam tempoh 1 tahun, Yao Ming, sebagai pemilik pasukan, telah pulang ke Shanghai untuk mengurus pasukannya, 17 Desember tahun lalu.

Dengan usaha beliau, pasukan Shanghai telah menang 9 kali dalam 12 pertandiangan. Di samping itu, kakinya yang lukan itu juga sudah beransur pulih. Beliau tidak perlu menggunakan tongkat lagi untuk berjalan, walaupun masih perlu memakai kasut khas untuk melindungi kakinya itu. Keadaan ini menjadikan Yao memberi perhatian yang lebih kepada kakinya. Beliau memutuskan akan pulang ke Houston dan menjalani pemerikasaan selepas menghadiri majlis kira detik 100 hari Ekspo Dunia 2010 di Shanghai yang akan diadakan pada 21 hb Januari nanti.

Bergantung pada keputusan pemeriksaan tersebut, Yao akan menetapkan jadualnya untuk pulang lagi ke Shanghai. Begitu juga jadualnya untuk kembail ke pertandingan juga akan ditetapkan selepas pemeriksaan tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China