Cari:
FC Barcelona Lanjutkan Kontrak Ketua Jurulatihnya Guardiola
2010-01-22 15:38:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kontrak ketua jurulatih pasukan FC Barcelona Guardiola, yang akan berakhir pada tahun ini, teleh dilanjutkan oleh pasukan tersebut. Demikian dinyatakan oleh Presiden FC Barcelona Joan Laporta pada 20 Januari lalu.

Selepas membawa pasukannya kepada 6 kemenangan pada tahun lalu, Guardiola yang teleh lama berkhidmat dengan FC Barcelona tidak menandatangani kontrak baru yang ditawarkan oleh pasukan tersebut. keadaan ini mengakibatkan media tertanya-tanya dan membuat dugaan bahawa beliau akan menerima undangan dari pasukan Britain.

Tetapi sekarang, semua soalan dan dugaan tersebut telah terjawab dengan kenyataan daripada presiden FC Barcelona Joan Laporta itu. Menurut beliau, pihaknya sudah mencapai persepakatan dengan Guardiola, dan kontrak tersebut akan disambung selama 1 tahun. Ini bermakna ia akan tamat seawal-awalnya pada 30 Jun tahun depan. Walaupun kandungan kontrak itu belum ditentukan, tetapi semua ini akan diselesaikan apabila penggal perkhidmatan presiden FC Barcelona yang baru bermula nanti.

Pada masa yang sama, Guardiola pun telah menjelaskan sebabnya beliau menerima kontrak yang baru itu. Kata beliau , "Walaupun saya pernah merasa risau selepas mencapai puncak kerjaya saya pada tahun lalu, tetapi sekarang saya yakin bahawa saya masih mempunyai keupayaan yang cukup untuk membawa pasukan Barcelona ke tahap yang lebih tinggi."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China