Cari:
Tiga Cara Untuk Mencuci Sayur
2010-03-25 14:27:22 CRI Cetak

Mencuci sayur merupakan hal biasa yang kita buat setiap hari. Namun, adakah cara kita mencuci sayur itu betul untuk mengekalkan khasiatnya? Ada orang suka memotong sayur terlebih dahulu dan selepas itu baru mencucinya. Mereka menganggap cara ini boleh mencuci sayur dengan lebih bersih. Tetapi cara ini tidak betul kerana banyak khasiat makanan akan keluar dan terbuang. Sebenarnya, ada tiga cara atau kaedah yang betul untuk mencuci sayur.

A. Rendam dengan air garam.

Rendam sayur dalam air garam selama satu hingga dua jam, kemudian cuci sekali dengan air bersih.

B. Celur dengan air panas

Untuk mencuci cili hijau, bunga kubis, kacang tunggak dan daun seladeri, kita perlu mencelurnya kira-kira satu atau dua minit sebelum memasaknya. Prpses ini boleh menghapuskan 90% sisa racun perosak.

C. Rendam dengan air cucian beras

Rendam sayur dalam air cucian beras kira-kira 10 minit. Kemudian, cucilah dengan air bersih. Langkah ini juga membantu menghapuskan sisa racun perosak dengan berkesan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China